19 Comments

husnaNo Gravatar Said,
August 30th, 2008 @1:53 pm  

Assalamualaikum..
saya nak tanya,boleh ke pelajar aliran sastera untuk masuk program asasi..
saya pelajar sek agama n aliran sastera, x ambil add maths n pa.
sy minat dalam kaunseling. psi n pqs sy agak baik.
harap ada yag sudi membantu

misaNo Gravatar Said,
September 1st, 2008 @10:11 pm  

wslm husna..aliran sastera boleh jgk mintak..kalau minat kaunseling bleh mintak asasi sains kemanusian..

nilamNo Gravatar Said,
September 2nd, 2008 @9:19 am  

Terima kasih misa.

sueNo Gravatar Said,
September 5th, 2008 @5:32 pm  

mcm mana nk buat permohonan yer??

nilamNo Gravatar Said,
September 8th, 2008 @10:33 am  
DilaNo Gravatar Said,
September 9th, 2008 @4:13 pm  

Assalamualaikum,kalau nak masuk UIAM wajib ada asas bahasa arab ke???

husnaNo Gravatar Said,
October 13th, 2008 @10:17 pm  

apa syarat untuk masuk ke program asasi sains kemanusiaan? bila dan bagaimana nak memohon? sy calon spm tahun nie..

nilamNo Gravatar Said,
October 15th, 2008 @9:46 am  

Dila,
Waalaikumsalam… tidak wajib tetapi apabila anda diterima masuk untuk program asasi UIAM anda perlu menduduki English and Arabic Placement Tests. Keputusan ujian ini akan menentukan tahap kelas bahasa yang anda perlu ikuti. Jika tidak dapat pengecualian semua pelajar perlu mengikuti kelas Bahasa Arab.

Husna,
Anda perlu memenuhi syarat am iaitu lulus SPM, mendapat kredit dalam Bahasa Malaysia dan mendapat kredit dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.

Syarat khas bagi asasi sains kemanusiaan pula adalah pelajar aliran sastera yang mendapat sekurang-kurangnya 4B dalam Bahasa Inggeris, 6C dalam Matematik dan dua kredit daripada mana-mana matapelajaran berikut;
Sejarah, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Geografi, Sains Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat, Sains Tambahan, Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Pengajian Keusahawanan, Asuhan Kanak-kanak, Mengasuh dan Membimbing Kanak-kanak, English for Science and Technology

sitiNo Gravatar Said,
October 15th, 2008 @5:49 pm  

salam, bile tarikh ttup utk permohonan kemasukan matrikulasi uia utk peljr lepasan spm2008?

nilamNo Gravatar Said,
October 20th, 2008 @9:08 am  

Siti,
Salam… Kemasukan ke asasi(matrikulasi) UIA diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Biasanya permohonan akan dibuka pada awal Februari dan ditutup 10 hari bekerja selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM.

irahNo Gravatar Said,
October 28th, 2008 @9:29 pm  

salam.

sy student asasi uia. awal nov ni dah stat sem 2 tahun 1.
nnt lps abes asasi ni stahu sy ktorg akn dtmpatkan d main camp, g0mbak
utk lanjutkan study dlm ijazah pertama. iyakan?

main quest sy dsini. boleh ke if student lepasan asasi uiam ni nak further
study dlm ijazah pertama d overseas? not in main camp. kalau tgk d web site MARA ade - Program Ijazah Pertama bagi calon lepasan Matrikulasi / Diploma.
utk maklumat lanjut boleh tgk sini - http://www.mara.gov.my/BPP/

sesape yg lebih tahu harap dpt jelaskan dgn jelas.
thanks so much then.

wassalam.

intanNo Gravatar Said,
October 29th, 2008 @12:47 pm  

Assalamualaikum…I am interested in joining the asasi there but not as a student but as tenaga pengajar.Is is true that asasi UIAM is also located in Nilai, somewhere nearby Nilai Square?Is there any vacancy available at this very moment?How does the process takes place.Is it through the Kementerain Pelajaran, bahagian matrikulasi?Thanks…

nilamNo Gravatar Said,
October 29th, 2008 @5:28 pm  

Irah,
Salam… Anda akan ditempatkan samada di kampus Gombak atau Kuantan bergantung kepada program pengajian yang anda ikuti. Memang boleh tapi anda perlu memohon sendiri untuk mendapatkan tempat di universiti luar negara berkenaan

Intan,
Waalaikumsalam, Kolej Asasi UIAM bagi arts programme terletak di Putra Nilai, Nilai dan bagi science programme di Petaling Jaya, Selangor. Maklumat lanjut tentang kekosongan tenaga pengajar di Nilai sila hubungi terus Centre for Foundation Studies (Nilai Campus), International Islamic University Malaysia, Jalan BBN 1/7D, Fasa 3A/3B Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan atau telefon 06-8563400/3402/3403 atau Faks 06-8503455.

irahNo Gravatar Said,
October 30th, 2008 @5:09 pm  

dptkan tempat di universiti luar negara bekenaan dgn sndiri?
adekah pebelanjaan juga sndiri tanggung?
boleh dapatkan scholarship dri MARA or JPA utk program mcmni (i mean dgn dptkn tmpat di u kuar ngra sndri?)

nilamNo Gravatar Said,
October 31st, 2008 @10:16 am  

Irah,
Ya, anda perlu mencari dan memohon universiti luar negara itu sendiri. Cara paling mudah ialah dengan menghadiri pameran pendidikan luar negara yang biasa diadakan di Kuala Lumpur. Di situ anda boleh berjumpa sendiri dengan wakil atau agen universiti berkenaan.

Biasanya pada semestar pertama anda memang perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri atau mendapatkan pinjaman tetapi selepas itu anda boleh memohon biasiswa daripada MARA atau JPA.

MARA dan JPA hanya menaja pengajian dan universiti tertentu sahaja. Jika ada sesiapa yang ada pengalaman atau maklumat mengenainya boleh berkongsinya di sini. Di samping itu untuk kepastian cuba datang sendiri atau hubungi MARA di 03 - 2691 5525 atau JPA di 03-8885 3049.

iesyaaaNo Gravatar Said,
November 21st, 2008 @6:19 pm  

Assalamualaikum….
skrg nie sy mnuntut kat kolej islam pahang…. skrg sy mek dip syariah n undg2…andai kata sy nk smbung uia pas nie, bpe pngk sy perlu pnuhi..pe g ktretria yg perlu sy pnuhi tuk msuk… sy bis blajo taun dpn…grde 2010 insyAllah….

nilamNo Gravatar Said,
November 24th, 2008 @2:15 pm  

Iesyaaa,
Waalaikumsalam, kalau tak silap saya untuk memasuki UIAM anda perlu

  1. Lulus SPM dengan mendapat kredit dalam Bahasa Malaysia, kredit salah satu daripada matapelajaran Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Qur’an & As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah dan kredit dalam 3 matapelajaran lain, dan
  2. Mempunyai Diploma atau setaraf dengan mendapat CGPA 3.00, dan
  3. Memperolehi sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET).

Walaupun begitu untuk kepastian sila berbincang dengan unit Kaunseling Kerjaya kolej anda atau berhubung terus dengan UIAM di Bahagian Kemasukan dan Rekod Pelajar 03-6196 4000 sambungan 4043/4048/4045 email : admissions@iiu.edu.my

nisaNo Gravatar Said,
November 25th, 2008 @12:13 pm  

Assalamualaikum, skrg ni sy ambil kursus dip in accountancy di kolj brsekutu uitm..sy bharap dpt smbung dgree di uia..and dpt amik undang-undang..sy nk tahu klyakan yg sy kne ade utk dtrima masuk uia…

NuriNo Gravatar Said,
November 27th, 2008 @11:26 pm  

sy pelajar aliran sains. sy nak tahu subjek apa yang perlu score jika kita ingin ambil bidang sains hayat?

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved