Juara Akademi Fantasia 1 VINCE
Juara AF musim pertama, Vince kini sedang melanjutkan pengajian bahasa Mandarinnya di Taiwan sejak Mac lalu hingga Ogos ini. Melalui bantuan kakaknya, Vanessa, Vince berjaya dijejaki.
Namun secara jujur, Vince mengakui tidak mengikuti perkembangan AF6 pada tahun ini kerana komitmen belajar harus diutamakan. Walaupun begitu Vince memberitahu, dia merasa sangat bertuah menjadi juara dan peneraju program realiti ulung itu.
"Terus-terang saya harus bersyukur menjadi nadi pertama kegemilangan program realiti ini. AF menjadi landasan terbaik untuk mengiktiraf bakat sejati dan personaliti diri. Tapi bukan mudah untuk meneruskan kesinambungan kejayaan itu. Usaha yang gigih, originaliti dan penjenamaan semula diri sendiri untuk bersaing dengan industri sebenar perlu disertakan", menurut Vince yang berada di Taiwan.
Juara Akademi Fantasia 2 ZAHID
Zahid, juara AF2 dan jejaka yang sedang intim bersama Nita Malaysian Idol 2 juga mengakui AF telah merubah hidupnya. Tambahnya lagi, menerusi AF telah melahirkan kelompok peminat yang akan setia menyokong apa jua rencana aktiviti seni yang dilakukan.
"Bermula dengan AFlah peminat dan pelbagai pihak mula sedar kehadiran kita sebagai artis baru. Ramai yang sudah memerhati dan menilai bakat kita dan secara tak langsung kita sudah mengumpul kelompok peminat yang tersendiri. Pelbagai perubahan yang berlaku dalam hidup saya rentetan menjuarai AF2, antaranya dari segi gaya hidup.
Zahid baru muncul dengan album keduanya, Baru. Selepas single lagu Baru, lagu Hadir Dirimu pula dijadikan sebagai single kedua.
Juara Akademi Fantasia 3 MAWI
Kekasih hati Ikin, Mawi ini pula menganggap AF sebagai tapak mengembangkan bakat untuk mencipta nama pada jangka waktu yang singkat. Laungan tagline 'World' yang acap kali disebutnya bagaikan satu doa yang dimakbul sehingga jejaka yang tampil imej berkumis nipis itu kerap ke luar negara menjelajahi peta dunia.
"Memang saya akui alam kehidupan saya berubah serta-merta setelah menjuarai AF3. Bayangkan daripada insan yang tak dikenali, saya dikenali ramai. Sudah terbukti bahawa AF ialah satu landasan atau jalan untuk menempa nama diiringi bakat dalam ruang lingkup yang singkat.
"Laungan 'World' bagaikan satu doa yang diaminkan peminat sehingga saya mampu menjejaki negara luar yang tak pernah saya mimpi langsung sebelum ini. Peluang mengendalikan program seperti Langkah Mawi dan terbaru Mawi Di Bumi Anbia memberi saya peluang keemasan untuk merasai suasana baru berada di tempat dan negara orang.
Juara Akademi Fantasia 4 FAIZAL
Bagi Faizal, AF telah banyak mengajarnya erti sebuah kehidupan dan awalnya kejutan budaya dialaminya. Namun, lama-kelamaan, Faizal mula sedar dan berhati-hati dengan segala tingkah dan tutur bicaranya.
"Saya tidak boleh menidakkan yang AF telah banyak merubah perjalanan hidup saya daripada seorang lelaki kampung menjadi golongan selebriti yang dikenali. Saya berubah dari kurang matang menjadi kian matang daripada pelbagai aspek, pergaulan, pendapatan (wang ringgit) dan taraf kehidupan.
"Di awal permulaan kerjaya, saya akui mengalami kejutan budaya dan dalam keadaan tanpa sedar saya sudah menjejaki ke dunia yang penuh cabaran dan pancaroba. Namun, sekarang saya sudah mula sedar dan pandai berdepan dengan pelbagai kemungkinan situasi. Yang pasti semuanya mengajar saya supaya tidak mudah mempercayai orang lain," kata Faizal yang kini lebih selesa bergerak sendiri merencanakan kerjayanya. Faizal juga sedang sibuk membuat persiapan Ikon 2008.
Juara Akademi Fantasia 5 MILA
Bagi Mila, AF dianggap sebagai batu loncatan buat dirinya untuk meneruskan kesinambungan bakatnya, ia adalah detik permulaan bagi segala-gala.
"AF antara ruang terbaik bagi Mila untuk meneruskan apa yang Mila minati selama ini. Selepas berada di AF, banyak peluang dan rezeki datang singgah ke dalam hidup Mila. Segala impian Mila diserlahkan dengan AF.
"Dengan AF dan kini bergelar artis, Mila mampu merubah taraf hidup keluarga Mila ke satu tahap yang lebih baik. Mila dapat kembangkan bakat dan menelusuri apa jua perkara yang tak pernah Mila jangkakan selama ini.
Mila telah berjaya memikat hati juri menerusi lagu Ilham Di Matamu (ciptaan Ajai, lirik Allahyarham Loloq) dipilih menjuarai kategori Lagu Terbaik. Selain itu, Mila juga diiktiraf dalam anugerah khas juri, Penyanyi Muda Berbakat di Festival Muzik Pop Antarabangsa ke-17, Bulgaria.
Juara Akademi Fantasia 6 STACY
Stacy, 18, yang sentiasa menduduki tempat teratas dalam setiap persembahan, dinobatkan juara AF6 pada konsert akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Beliau yang menyampaikan lagu Atas Nama Cinta nyanyian asal Rossa dan lagu baru, Aku Stacy ciptaan Intan Norul Azlina dan lirik oleh Intan Norul Azlina dan Layla Ismail berjaya memukau penonton.
“Saya tidak berpeluang menamatkan persekolahan kerana kesempitan hidup keluarga. Jadi apabila mendapat ilmu yang baru, saya tekad untuk belajar bersungguh-sungguh.
“Saya pernah bekerja sebagai penyanyi di kelab malam sambil bersekolah pada sebelah siang untuk menampung kehidupan. Masalah kewangan yang dihadapi keluarga saya menjadi punca kenapa saya tidak dapat meneruskan persekolahan,” kata Stacy yang amat bersyukur kerana impian untuk membantu keluarga akhirnya tercapai.
Technorati Tags: nurjenna, akademi, akademi fantasia, vince, zahid, faizal, mawi, mila, stacy
Thursday, May 29, 2008
Labels: seni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




4 comments:
MAWI- Juara AF3
FAIZAL - Juara AF4
Thanks.... Juara AF3 & AF4 telah dibetulkan.
i can sing better than any of them......
hi,
i would like my website malaysian youtbe style www.fyroo.com to be review by your blog. how much does it cost?
also if possible to exchange link?
please contact me at support@fyroo.com
Post a Comment